Scam | Sindiket scammer sasar pelajar IPT dan pesara

2022-12-29 1

Pelajar-pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) dan golongan individu yang baru berpencen kini jadi sasaran utama scammer dalam melakukan kegiatan penipuan secara dalam talian.

Timbalan Ketua Polis Kedah, Datuk Mohd Roze Shaari berkata, suspek seakan mengetahui mengenai tempoh masa pembayaran masuk wang biasiswa atau pinjaman kepada pelajar serta golongan pesara.